Lebih Baik Berdiam Saja
"Rasulullah s.a.w sedang duduk � duduk bersama Sayidina Abu Bakar as � Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci � hamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihatkan Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa � apa, lelaki itu menjadi semakin berang.Description:
Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun, caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan perangai bodohnya.
Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. Kali ini lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.
Akhirnya perlahan � lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar lah.a bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, � Wahai Rasulullah ! Adakah kau juga mahu membelaku ?�
�Tidak,� jawab Rasul sepatah. �Waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata � kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.
Untuk apa syaitan datang ? Untuk mengapi � apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih.
Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya : � Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, � Bagi kami amal � amal kami dan bagimu amal � amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang � orang yang jahil. ( Al � Qassas : 55 )