hujan lagi hati ini...
hujan lagi hati ini..biler mendengar skrip itu...
hujan lagi hati ini..biler mendengar skrip itu...
sekadar untuk renungan.. .....
ASSALAMULAIKUM W.B.T
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yg lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga org yg nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali Kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang Mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, Kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari Arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya Malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan Dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.
Pengirim: "Nornadia Imran"
Membuang masa tanpa apa-apa kegiatan yang berhasil samalah seperti kayu mati yang hanyut dibawa oleh arus sungai yang deras.Perbuatan melepak bukan saja dilakukan oleh anak muda di komplek-komplek membeli dan membelah tetapi juga oleh golongan dewasa di pusat hiburan, padang golf, bermain komputer game, menonton wayang atau televisyen. Kata bidalan melayu : "Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul."
Golongan manusia yang bijak telah mencipta perkara-perkara yang boleh menarik perhatian orang-orang yang suka membuang masa dan jam. Berbagai-bagai perkara boleh dibeli untuk membuang masa anda dengan begitu sahaja. Golongan yang mencipta barangan, perkhidmatan atau ilham tersebut mungkin telah kaya raya sekarang ini sedangkan orang-orang yang suka membuang masa hanya tinggal gigi dan gusi sahaja.
Suatu yang menyedihkan ialah apabila ada satu golongan yang menjadi kaya raya kerana mengenalpasti peluang menjualkan barangan, perkhidmatan dan ilham kepada mereka-mereka yang suka membuang masa sedangkan golongan yang suka membuang masa tersebut boleh ketawa dan bergumbira tanpa sedar bahwa mereka telah jauh ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kemajuan.
Hiburan dan pesta bukanlah segala-galanya yang dikehendaki oleh manusia dalam hidup. Manusia perlukan hiburan tetapi hanyalah hiburan yang bermanaafaat seperti kesenangan bersama isteri dan anak, atau apabila dapat membantu orang lain atau berjlan-jalan semasa cuti bagi mendapat idea baru untuk bekerja denagn lebih gigih atau bagi mendapat idea baru untuk merancang hidup secara lebih bermakna. Hiburan yang "pergi kosong balik kosong" seperti konsert Siti Nurhaliza, menonton wayang Titanic, menghabiskan berhari-hari bermain game strategi peperangan adalah hiburan yang amat merugikan.
Janganlah hanyut dan tenggelam dibawa arus kelalaian diri. Nanti kamu mati tidak bernama kerana semasa hidup tidak pernah mahu mencipta nama.
maybe the reason why our loved ones are leaving us is because...there is still someone better...someone that will really love you...someone that will not hurt nor keep you hanging..and the right person that will help you correct all your mistakes in life
curi fromo fb kawan..hehe
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini
kadang2 terpikir lak..naper ler selemah itu..naper ler leh jadi gitu..ntah ler..disalahkan takdir..kita yang merancang..tapi perancangan Allah lagi berkesan..biarlah seribu daya dan seribu jaya..jgn dicabar ketentuan yang datang..
setelah direncanakan..maka terserlahlah kejadian dan peristiwa menduga hati dan akal..biler difikirkan..xtercapai dek akalku dan xtersangkut pun secebis dedaun yang jatuh..
usah ditangisi..biarkan berlalu..gendang sudah dipalu..paluan sudah didengari..langkah sudah digerakkan..panglima perang sudah berderum..ke hadapan menerjah duri dan cabaran berliku..
terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata inilah padahnyer..diceritakan xmampu menahan panahan dan terjahan kaki yang baru melangkah gagah..akulah juara..
kekalahan di ranjang pentas mereka..aku tewas dek kelebihan mereka dan kekurangan aku..
sampailah masa akan dipertontonkan kepada dunia..kamilah juara..kamilah kemenangan..
penonton cuma bertepuk tangan sedangkan musuh mencapai kemenangan di hati dan pandangan sayang..
ntahlah..dunia..roda yang bergolek di atas seringkali lambat untuk ke hadapan..tapi biler dilanggar badai..musnahlah impian dan harapan berkecai membina impian..
jangan disalahkan anak kecil yang masuk ke rumah..tapi salahkanlah rumah tidak dipagari cinta dan sayang yang kukuh...peperangan besar menimpa..pedang kata bermain di tangan..lontaran bom membina dan memberi kesan sejuta hari..laksana lontaran atom di sana..
perlahan langkah longlai membina dan berdoa..tiada kekesalan dan kekuatan untuk ke hadapan melihat ketenangan mereka berdua membina kota..
apakah langkah kan berakhir di sini..dunia menyaksikan pertembungan mereka..tanpa segan silu..dunia mentertawakan..inilah dugaan..yg kuat akan berkuasa dan yg lemah akan tersadung di kaki tiang kota yang rebah..
namun aku kuatkan diri..berada di tengah2 kancah peperangan dengan azam yang disimpan di dalam hati..andai ini takdirku..andai ada esok lagi untukku..dunia kan menyaksikan..andai mereka yang itu untuk bersamaku di perang ini..biarlah langkah ini kuat..andai mereka tewas di pertengahan jalan...doakan kami syahid dan sampai ke penghujung jalan..
dunia menyaksikan mereka sambil tertawa mengatakan..inilah dunia..yang kuat kan menang..yang lemah dan gagal..kan tewas di kaki neraka..
ikatan dan hubungan dunia menandakan dunia makin tua dan makin lemah...
tapi di sudut dunia itu..ada harapan dipertaruhkan..kerna dunia telah lama menyaksikan mereka bersama bergandingan bahu menonton perihal dan aksi serta telatah anak2 kecil yang menang di medan peperangan...aku hanya mampu berharap kan ada awan yang cerah di sebalik kelambu dunia yang kelam..
sentiasa berharap ada tangan yang membawa ke dunia yang baru..andai dunia itu sudah melabuhkan sayapnya..andai aku kan tahu..dan setia mencari ketenangan di dunia...
Lirik Lagu : Yovie & Nuno - Menjaga Hati Yovie & Nuno - Menjaga Hati
|