Safety Tips
WANITA dan dunia fesyen tidak dapat dipisahkan. Ada segelintir
wanita gemar bergaya sehingga sanggup membelanjakan banyak
wang semata-mata untuk mendapatkan rekaan terkini kasut, beg
tangan atau pakaian.
Namun, antara sedar atau tidak fesyen mampu menjejaskan
kesihatan kita apatah lagi ia boleh menyebabkan beberapa penyakit
sampingan yang boleh mengganggu kehidupan seharian.
Kasut tumit tinggi contohnya, adalah aksesori mesti ada bagi kaum
wanita. Terdapat pelbagai rekaan, warna dan jenama dengan harga
berbeza dijual di pelbagai pusat beli-belah. Kasut tumit tinggi
memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan
Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang
wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurangkurangnya
tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada
lutut sehingga 26 peratus.
Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit
sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku,
bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan
kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga
mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga
tangan.
Bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan
menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak
melebihi dua sm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam
secara berterusan.
Menurut satu kajian yang dijalankan di London, tindakan memakai
kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya
tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang
anak.
Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut
bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ
dalaman dan kesuburan wanita.
Sumber dipetik dari Harian Metro pada 25/03/2009
Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut
tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana
kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai
membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan
keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah ..perut buncit'.
Keadaan itu memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali
sebagai visceroptosis dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang,
sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.
Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai
korset atau barut tetapi kini ia menemui ..mangsa' baru dengan
menjadikan kaki sebagai sasaran.
Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh
menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian
atas tubuh badan.
Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan
kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan
tekanan pada tulang.
Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam tas
tangan akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekali gus
menyakitkan otot pada satu sisi badan.
Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung
dan bahu. Untuk mengatasinya, anda boleh cuba menggunakan beg
sandang belakang yang mampu memuatkan pelbagai barangan secara
seimbang pada kedua-dua belah bahu.
Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba
gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada
hanya sebelah bahu.
Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri
tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda
dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.