gravatar

Nizar dihalau dari Parlimen?? Nizar at parliament...



Isu;
1. Nizar dihalau selepas mengangkat sumpah di Parlimen.
2. Beliau dikatakan mengungkapkan bubar DUN.
3. Hanya selepas 5 minit beliau dihalau.

Persoalan;
1. Wajarkah?
2. Kenapa beliau bertindak demikian?
3. Adakah silap perkiraan beliau?
4. Adakah beliau ingin menguji kuasa speaker?
5. Sahkah tindakan speaker?

Perkiraan;
1. Selepas 2 hari beliau boleh kembali ke dalam parlimen.
2. Bagaimana sokongan dan pendapat rakyat?
3. Kurang ajarkah beliau semasa melafazkan ungkapan itu?

Penjelasan;
1. Speaker perlu jelaskan kewajaran menghalau beliau.
2. Mungkin beliau tidak arif peraturan parlimen.
3. Kalaulah itu yang berlaku di Perak, bagaimana penerimaan media, wakil rakyat, orang politik, rakyat dan pandangan golongan professional?

Tanda tanya;
1. Matangkah semua wakil rakyat dan ahli Parlimen kita?
2. Wajarkah tindakan Nizar dan speaker?
3. Apakah tindakan dan peranan kita sebagai rakyat yang menonton gelagat mereka?
4. Sampai bilakah senario ini akan berlarutan?
5. Wajarkah 'skrip' dan modul serta outline wakil rakyat dirakyatkan dahulu sebelum mereka mewakili rakyat di Parlimen?

Kecelaruan;
1. Sejauh mana kuasa speaker dan siapa yang membimbing speaker bertindak sebagai speaker yang mengutamakan perbincangan yang ilmiah dan perdebatan yang sihat?
2. Wajarkah ahli parlimen didedahkan dengan debat ala Parlimen oleh pelajar sekolah kita yang lebih matang dan berkaliber?
3. Sihatkah suasana ini menjeang Malaysia 2020?
4. Sampai bilakah rentetan dihalau keluar akan berlarutan dan sejauh manakah mesej ini sampai kepada rakyat yang memilih mereka?

Bertindak sebagai seorang professional dan matang amat perlu demi menjamin 'hasrat' dan suara rakyat disampaikan. Sudah banyak suara dan diskusi dilapor dan diwar-warkan, tetapi tindakan dan pemahaman mereka mengenai isu penting Malaysia gagal difahami oleh mereka. Yang pastinya, mereka diperhati dan direkodkan segala tindak tanduk mereka supaya masyarakat pada tahun 2020 dapat menonton telatah dan gelagat mereka 'berkelahi' di dalam parlimen secara sihat. Hari ini dalam sejarah.

Bercakap di luar Parlimen pasti mengundang isu saman menyaman tetapi bagaimana dengan di dalam parlimen? Di mana asuhan nenek moyang yang selalu mengingatkan sopan santunnyer orang Melayu sejak berzaman dulu. Salahkah bahasa indah digunakan demi melahirkan perbincangan yang kondusif dan selesa kepada semua? Adakah suasana kondusif hanya untuk pelajar tahun 1 sahaja? Atau inilah kesan didikan dan sistem pembelajaran yang dilahirkan oleh sistem pendidikan Malaysia iaitu melahirkan para wakil rakyat dan ahli parlimen yang sedang kita tontoni...

Letih dan muak jugak dengan telatah dan kerenah 'anak-anak kecil' di dalam bilik sejuk itu. Memanglah susah menjaga anak yang ramai. Ayah pula seorang. Emak sibuk di dapur. Bertarung suara dan bertegang leher mempertahankan idea yang entahkan diperhalusi atau pun tidak. Emak pernah menasihatkan kita, kerja sekolah jangan luper nak buat. kalau tak, inilah natijahnyer.

Anak darjah 1 pun gelak. Mak mak, orang tu bergaduh..dia kene tangkap...dia jahat ker mak?? baling-baling barang lagik mak. Kalahkan budak darjah 1 yang berehat tatkala guru bermesyuarat. Ketua kelas jangan luper tulis nama saper buat bising k. Jangan main pemadam dan jangan main kejar-kejar....

Air pasang surut.

Click for Charity